x This is notification text

Blog

Be part of the ChurpChurp community

Follow ChurpChurp's blog to see how you can be part of exciting events, contests and meet fellow social media addicts!

Social Sharing 101 (BM)

   Category: Malaysia, Tips | No comments

Semenjak pelancaran ‘Social Sharing’ tambahan terbaru untuk ganjaran anda, kami telah mengumpul pelbagai komen dan dengan itu, hei kami fikir apa yang lebih baik untuk membantu kalian untuk mengoptimumkan ganjaran anda dalam ‘Social Sharing’ adalah dengan berkongsi langkah-demi-langkah berikut;

1. Daftar ChurpChurp!

Untuk mengambil bahagian dalam kempen media sosial dengan kami, pertama sekali anda harus Daftarkan ChurpChurp hari ini dan bersiap-siap untuk menerima banyak kempen menarik media sosial!

2. Masuk dan pilih kempen yang anda ingin kongsi;

Browse segala kempen-kempen yang sedia ada, jika anda ingin mengambil bahagian, terus ke Dashboard. Ada berbagai kempen “Social Sharing” dari masa ke masa, dan berita yang terbaik adalah – kempen-kempen it terbuka kepada SEMUA Churpers! Yup, tidak ada proses tugasan. w00ts!



3. Anda akan diarahkan ke laman di mana anda boleh Peribadikan url anda.

“Social Sharing” adalah sangat bermanfaat untuk tambahan ganjaran! Sebelum anda mula memberitahu kawan-kawan anda tentang kempen awesome yang berlangsung, anda perlu memperibadikan URL anda di mana ia akan bertindak sebagai ID unik anda. Ganjaran anda akan dikesan berdasarkan berapa banyak pengikut, rakan-rakan dan pembaca yang telah klik URL peribadi yang anda telah “share”.

4. Kemudian setelah anda sudah menyelesaikan URL anda, klik pada ‘Start Sharing!’ untuk mula!

Check out informasi kempen-kempen yang anda ingin sertai dan pastikan anda tahu kempen tersebut sebelum anda mula berkongsi. Ingat, anda tidak ingin memberi informasi yang palsu kepada rakan-rakan dan pengikut anda ya?



5. Voila, anda on board untuk berkongsi kempen ini!

6. Peribadikan mesej anda supaya menarik perhatian dan senang difahami.

Dalam kotak ‘Compose’ mesej, menyesuaikan dan mempersonalikan mesej untuk rakan anda adalah sangat important. Jika kamu hendak blog, bloglah dengan kandungan yang relevan dan bersesuaian. Teman-teman anda akan melihat mesej ini setiap kali mereka mengklik URL peribadi anda.

7. “Share” pada MANA-MANA sosial media platform pun!

Dengan mesej dan URL peribadi anda, kini anda boleh berkongsi dalam MSN, Facebook, blog, atau apa pun sosial platform media anda pada teman anda yang aktif! Semasa berkongsi, kami mahu pastikan anda tidak memberi informasi yang tidak betul kepada rakan-rakan anda!

8. Kami juga telah sertakan ‘Guideline’ lengkap pada panel sebelah kiri pada Dashboard anda untuk rujukan lebih mudah! Tapi untuk pertanyaan lebih lanjut, lakukan menulis kepada Helpdesk!



9. Dan dengan hanya itu! Jadilah antara yang pertama di antara rakan-rakan anda untuk mendapat berita terkini, aktiviti dan kongsilah dengan rakan rakan anda.

10. Ganjaran anda akan dikredit dalam akaun anda selepas kempen telah tamat! Ini untuk memastikan semua kliks adalah sah dan tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti kliks penipuan! Yup, kami mengambil prihatin pada masalah ini.

Jangan bimbang tentang tweets dijadualkan. Ia masih akan jalan seperti sedia kala! Lebih Churp, lebih ganjaran!

Semoga berjaya dan jadilah Churper yang bertanggungjawab!

xoxo