x This is notification text

Blog

Be part of the ChurpChurp community

Follow ChurpChurp's blog to see how you can be part of exciting events, contests and meet fellow social media addicts!

Social Sharing Dos and Dont’s – Posting pada FanPages

   Category: Malaysia, Tips | No comments

Hello Churpers!

Kami yakin anda semua rajin berkongsi dengan ‘Social Sharing’ dan menikmati manfaat ChurpChurp terkini seperti yang kita boleh melihat banyak penyertaan dalam semua kempen yang berlangsung. Kami ingin menyampaikan terima kasih kepada semua pada cinta anda dan sokongan terhadap ChurpChurp yang tidak berbelah bahagi ini.

Namun, dengan semua penyertaan aktif anda dalam semua kempen Social Sharing,  kami mendapati ada beberapa masalah serius yang tidak di ikuti dalam garis panduan Social Sharing seperti di bawah ini 🙁

Sama seperti anda dan saya, FanPages rakan kongsi kami semua adalah untuk rakan-rakan dan peminat-peminat mengetahui akitiviti, berita dan update menarik dan terkini yang lain. Kami menggalakkan interaksi posting yang relevan dan juga peribadi seperti menunjukkan sokongan dan penghargaan atau soalan mengenai berita menarik.

Jadi berkongsi pada FanPages rakan kongsi kita seperti yang ditunjukkan di bawah ini; bukan hanya dianggap sebagai tidak relevan untuk mereka (kerana mereka sudah tentu tahu tentang hal ini dan anda sepatutnya berkongsi kepada rakan-rakan anda 😉 ) tetapi ia juga dianggap sebagai spam. Anda boleh berkongsi informasi ini di Facebook anda sendiri kerana ia milik kita tetapi bukan di FanPages pasangan kita ya! Seperti berikut adalah TIDAK DIGALAKKAN SAMA SEKALI.

Berkongsi berita dan aktiviti pada FanPages pesaing rakan kongsi kita juga tidak digalakkan. Ini adalah kerana, ini juga dianggap sebagai tidak relevan dan spam kepada rakan kongsi kita.

So pilihlah untuk menjadi Churper yang bertanggungjawab 🙂

xoxo