x This is notification text

Blog

Be part of the ChurpChurp community

Follow ChurpChurp's blog to see how you can be part of exciting events, contests and meet fellow social media addicts!

Churp Churp Alpha – Yuyu Zulaikha

   Category: Alphas, Malaysia | No comments

Cukup comel, lincah dan menghiburkan, cik adik manis kita giat menulis tentang kehidupannya yang ceria dan riang. Walaupun usianya baru saja 23 tahun, gadis ini mampu mengimbangi kehidupan seorang ‘student’, blogger dan juga sebagai seorang ikon kepada peminat-peminatnya dalam dunia media sosial. Yuyu Zulaikha seorang yang rendah diri, kelakar dan juga bermampuan dalam mengimbangi gaya hidupnya yang aktif! Ikuti perkembangannya sebagai Alpha Churp Churp dan di serata laman media sosial, dan temuramah ekslusif Yuyu Zulaikha.

Bagaimana Yuyu memulakan kerjaya dalam bidang karya penulisan atau blogging, dan menjayakan kerjaya ini dengan mantap sekali?
Sebenarnya Yuyu mula ber-belog sejak 2008. Cumanya, pada masa tu, entry Yuyu hanyalah luahan perasaan terhadap peperiksaan, kawan kawan, entry lirik lagu, , dan kebanyakan lebih merepek, dan satu satunya pembaca belog Yuyu adalah Yuyu Zulaikha.
Tapi bermula pada Disember 2010, Yuyu mula aktif berblog, “blogwalking” dari belog ke belog dan sejak dari bulan itu, ramai yang mula “follow” dan dapat menerima penulisan Yuyu. Terima kasih kerana sudi baca blog Yuyu.

Apakah passion/minat Yuyu selain ber-blogging?
Selain berbelog, Yuyu sangat sangat minat mengumpul heels dan buku motivasi. Yuyu takkan teragak-agak untuk beli kasut yang menarik dan buku motivasi dari ramai jenis penulis.

Apakah cabaran / pengalaman pahit yang pernah Yuyu lalui selama berada di bawah ‘spotlight’ dalam dunia ber-belog.
Sebenarnya dalam dunia ber-blog ni, banyak sangat pengalaman pahit yang Yuyu pernah lalui. Bagi Yuyu, semua tu benda wajib untuk mematangkan kita, tapi yang paling yuyu tak pernah lupa, bila ada pihak yang gunakan nama Yuyu (faker) untuk kacau suami orang. Habis Yuyu kena maki dengan kawan kawan isteri orang tu. Padahal, Yuyu tak kenal langsung suami dia. Tak semena mena, Yuyu rasa macam nak delete habis segala jenis akaun facebook dan belog Yuyu.

Apakah kejayaan terbesar Yuyu?
Alhamdulillah. Bagi Yuyu, kejayaan terbesar Yuyu buat masa ni adalah diberi kepercayaan oleh Nuffnang untuk menjadi salah seorang talent, dan semestinya daripada ChurpChurp sebagai salah seorang Alpha, sebab dulu Yuyu selalu berangan saja, hari ni, tak perlu berangan lagi. Selain itu, Yuyu pernah dijemput oleh beberapa stesyen TV, pernah juga Yuyu dijemput temubual untuk majalah dan dijemput untuk menjadi panel bagi ceramah motivasi.

Jenis pemakaian/fesyen yang paling disukai Yuyu.
Fesyen kegemaran Yuyu lebih kepada yang ringkas dan yang nampak ceria. Tapi Yuyu suka ber-eksperimen dengan fesyen yang ada, supaya sesuai dengan Yuyu yang bertubuh kecil dan muslimah bertudung. Hehehe.

Apakah yang menjadi sumber inspirasi Yuyu sebagai seorang blogger yang berpengaruh?
Kalau dalam berblog, Hanis Zalikha adalah inspirasi Yuyu sebab Yuyu teringin jadi blogger berjaya seperti Hanis. Muda , cantik dan berjaya,tapi dalam kehidupan, diri Yuyu banyak diinspirasikan oleh ramai orang, contohnya Tun Dr. Mahathir, Siti Khadijah (r.a) dan banyak lagi.

Makanan kesukaan anda?
Kalau tulis pasal makanan kesukaan, rasanya lebih dari sembilan page Yuyu mampu taip, asalkan makanan, Yuyu bedal makan saja. Lebih senang cakap, Yuyu tak makan sayur sebab pahit, kurang makan nasi, dan cuba elakkan makanan berminyak dan terlalu manis (gula).

Apakah destinasi percutian yang Yuyu syorkan kepada para pembaca?
Silalah jangan segan silu untuk pilih Langkawi sebagai destinasi perlancongan, selain cokelat murah, pantai cantik, banyak tempat yang menarik, Langkawi juga terkenal dengan penduduknya yang ramah, baik dan sopan santun, contohnya Yuyu Zulaikha. Hehehe.

Apakah hobi anda?
Selain berbelog, hobi Yuyu adalah melayari Facebook dan Twitter. Setiap hari juga Yuyu akan pastikan pendapatan tanaman Yuyu di Smurf’s Village (game) sentiasa maju dan di waktu sibuk atau lenggang yuyu suka mendengar pelbagai genre music dan membaca buku motivasi.

Apakah matlamat dan impian Yuyu dalam jangka masa 5 tahun?
Kalau diizinkan Tuhan, sebelum Yuyu berumur 28tahun, Yuyu harap pada masa tu Yuyu sedang sibukkan diri untuk habiskan PhD dalam Kewangan Islam, dan dalam lima tahun juga Yuyu berdoa sangat Yuyu dapat bantu ramai orang dengan hasil Yuyu seorang Blogger. Ada keluarga sendiri dan capai cita-cita Yuyu sebagai salah seorang ahli perbankan Islam dan paling penting, lima tahun lagi, Yuyu akan terus setia dengan ChurpChurp dan Nuffnang. (patriotik)

Ciptakan suatu hashtag bagi diri Yuyu.
#JeloZulaikha ^^

Nama personaliti yang Yuyu ikuti di Twitter atau Facebook?
Aaron Aziz, Wardina Safiyya, Heliza Helmi dan Paulo Coelho.

Siapa yang Yuyu cadangkan kami ikuti di Twitter atau Facebook?
Paulo Coelho! Terbaik! Banyak motivasi yang kita akan dapat. Belog Coelho pun sangat terbaik!

Apakah yang biasanya Yuyu cari di ruangan social media ?
Kawan kawan perempuan yang “gila-gila” macam Yuyu, online Shop yang menjual heels menarik dan berpatutan, dan website yang sediakan gelak (9gag).

Suatu soalan yang ingin ditujukan kepada para peminat?
1) Dalam banyak banyak kupukupu, kupukupu apa boleh ada blog?
2) Apa yang membuatkan korang baca blog Yuyu?
3) Apakah warna baju paling banyak Yuyu pakai?

Jika Churpie boleh berkata-kata, apakah soalan yang Yuyu akan tanyakan?
Churpie baca belog Yuyu pakai dua ketul mata Churpie yang bulat bulat tu ye?

Perasaan Yuyu menjadi Alpha bersama Churp Churp?
Tuhan saja yang tahu betapa 15May2012, 3.30pm, Yuyu adalah manusia yang paling gembira di dunia. Rasa tak layak sangat lagi Yuyu untuk terima semua ni, tapi Yuyu akan cuba buktikan yang Churpie happy dengan kehadiran Yuyu. Terima kasih ChurpChurp. (penuh dramatis. Hikhik)

Ceritakan tentang diri Yuyu dalam 140 patah kata..
Yuyu adalah seorang perempuan genit yang suka mencuba pelbagai benda. Kalau boleh, Yuyu nak sangat kumpul sebanyak mungkin pengalaman semasa muda, lebih banyak daripada koleksi kasut yang ada. Juga seorang anak yang sedaya upaya bahagikan masa sebagai seorang pelajar, blogger dan ahli dalam banyak kelab di kampus yang pernah satu hari tu, habis tak bangun dari 4.30petang hingga 2petang esoknya akibat penat yang melampau. Selain berbelog untuk mengisi masa lapang, Yuyu juga berbelog untuk berdikari dan berkongsi dengan pembaca betapa Yuyu kemain happy dengan kehidupan Yuyu. Yuyu menjadikan hidup Yuyu diinspirasikan oleh ramai orang orang yang berjaya dan sangat berharap Yuyu dapat menjadi inspirasi kepada orang lain.

Tersenyum-senyum kami di Churp Churp membaca temuramah si manis Yuyu Zulaika! Ikuti perkembangan Yuyu di FacebookTwitter, dan juga belog Yuyu yang diminati ramai! Tunggu apa lagi, beritahu Yuyu dan Churp Churp; apakah personaliti atau sifat yang paling anda suka tentang Yuyu di SINI dan anda berpeluang memenangi Stiker Kereta Esklusif Churp Churp! Comel seperti Yuyu, kan? 😉